Biografi Albert Camus

Awal hidup dan pendidikan

Albert Camus lahir pada 7 November 1913 di suatu kejiranan di Mondovi (kini Dréan), Algeria Perancis; Catherine Hélène Sintès Camus beketurunan Seoanyok-Balear sementara ayahnya Lucien Camus, seorang petani pied-noir. Ayahnya terkorban dalam Lertempuran Marne 1914 semasa Perang Dunia Pertama. Meskipum kedua-dua beliau dan ibunya warga jajahan Perancis lalu lebib berpeluang berbading warga Arab or Berber di sana,[4] mereka masih hidup dalam keadaan yang serba kekurangan.[5]

Kerjaya penulisan

Beliau menyertai Parti Komunis Perancis pada awal tahun 1935 atas tanggapan keterlibatannya membantu menangkis kesenjangan antara warga Eropah dan warga asal Algeria, namun beliau meninggalkan parti tersebut setahun kemudian.[6] Pada tahun sama, beliau menyertai Parti Komunis Algeria atas galakkan mentornya; di sanalah beliau terlibat dalam pementasan teater Théâtre du Travail yang mewahanakan pendirian pergerakan PCA. Beliau turut mengikuti perkembangan Parti Rakyat Algeria (Parti du Peuple Algérien, PPA) yang memperjuangkan nasionalisme serta kemerdekaan which was a moderate anti-colonialist/nationalist party. Algeria. PCA mula berpisah dengan PPA atas pegangan Stalinisme PCA, malah Camus dibuang parti atas keengganannya mengikut pendirian PCA. Situasi ini membentuk pendiriannya yang kuat sangsi akan birokrasi serta menajam terhadap martabat manusia.Beliau masih terlibat dalam kerjaya teaternya, malah ada sebahagian karya drama yang diusahakannya menjadi asas novel-novel dikarangnya.[7]

Keterlibatan dalam Perang Dunia Kedua

Selepas Perang Dunia Kedua, penerimaan Hadiah Nobel

Kematian

Pada 4 Januari 1960, beliau, isteri dan anak serta ejen penerbitannya Michel Gallimard baharu sahaja kembali dari sambutan Tahun Baharu di kediamannya di Lourmarin, Vaucluse; isteri dan anak Camus kembali ke Paris berkereta api pada 2 Januari, namun Camus memutuskan mahu menaiki kereta Facel Vega HK500 mewah milik Gallimard. Semasa Camus dan Gallimard dalam perjalanan melepasi Sens, Villeblevin; kereta mereka berdua melanggar suatu pokok di tengah jalan Route nationale 5 (kini RN 6). Camus mati serta-merta akibat impak kemalangan yang diburukkan ketiadaan pemakaian tali pinggang keledar;[8][9] beliau terkorban pada usia 46 tahun.